Blogger Templates

Monday 12 March 2012

YA ALLAH...ku tak ingin sendiri..

YA ALLAH…
Seandainya telah Engkau catatkan dia akan menjadi teman menapaki hidupku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami agar kemesraan itu abadi,
Dan YA ALLAHseiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi.

YA ALLAH…
Seandainya  telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta YA ALLAH…
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja nan merah,
Agarku dapat berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan YA ALLAH…
Gantikanlah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupun tidak sama dengannya.
YA ALLAH YA TUHANKU…
Pasrahkan lah aku dengan takdir Mu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik buatku kerana Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini.
YA ALLAH…
Cukuplah Engkau  saja yang jadi pemeliharaku di dunia mahupun akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba Mu ini,
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun akhirat,
Janganlah Engkau menjerumuskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Amin…Ya Rabbal ‘Alamin.